Melangkah Baru

sejak dua menjak ni hati aku rasa membuak-buak pulak untuk buat marketing teringin mencuba pulak aku cuba bagaimana hebat nya kalau dapat customer.
dapat seorang pun and berjaya buat sampai customer tak lari tu dah cukup bersyukur pada aku.
apa-apa pun aku kene cuba lah buat.
macam-macam jugak aku pikir macam mana lah nak pikat hati pelanggan supaya dia percaya dengan kita
dia nak buat tempahan .
tapi bukan senang kan nak bagi orang percaya dengan bisness yang kita buat ni.
lagi-lagi bisness yang baru nak naik macam aku ni.
yang masih mentah dalam dunia marketing.
nak nak pulak tak pandai nak memulakan percakapan macam mana memang boleh mendatangkan customer lari lah cerita dia kan. ahahha.



okay. ni lah promosi yang aku buat. harap dapat lah customer.
sorang pun aku dah bersyukur untuk permulaan kalinya..
doa kan aku yea semua. hurmm biasalah kan nak buat apa-apa mesti kene mula dari bawah right . !!
:) oke assalamualaikum

== MErenung Diam ==

ASSALAMUALAIKUM WBT..

marilah hayati apa yang mahu saya kongsikan kepada semua orang diluar sana.
bacalah tak ada rugi nya jika kamu baca.
cuba lah merenung seketika. berfikir lah selepas membaca..

Perkara yang masih lagi terasa bara apinya dalam diri aku. baru beberapa hari terjadi dan siapa tahu akan terjadi lagi. PERSAHABATAN .. Serumit untuk aku menyebutnya . begitulah apa yang tersirat disebalik perkataan ini .
Aku lemah . Aku khilaf. Aku hina. Aku naif dan Aku salah. Marah yang menghasut diri melupakan siapa aku di muka BUMI ini. cuma sedang berkongsi nikmat. hanya untuk sementara.

maaf kan aku YA ALLAH

kerana sudah melakukan kesilapan tanpa diduga.



Dalam persahabatan, jangan dahulukan marah kerana marah itu sentiasa mendatang kan keburukan.
dahulukan sabar kerana sabar menentukan kebaikan.

Dalam persahabatan, jangan dahulukan kepentingan diri sendiri kerana itu akan melambangkan ketamakan.
dahulukan kepentingan bersama kerana kerana itulah erti persahabatan


" ada baiknya bila kita bersabar menahan amarah diri demi sebuah persahabatan.
semua orang ada melakukan silapnya. Lebih baik memaafkan dan melupakan kerana persahabatan itu bukan untuik di akhiri tapi untuk di kasihi hari demi hari "


:: belajar lah untuk menghargai persahabatan kerana kita tak mampu hidup tanpa seorang SAHABAT.

:: dengan erti kata lain kawan dengan sahabat jauh berbeza makna nya.
kawan adalah kawan untuk di dunia sahaja..
manakala sahabat untuk dunia dan akhirat.

jadilah sahabat dunia akhirat jangan jadikan kawan hanya pinjaman di dunia sahaja atau waktu kita untuk guna-guna kan ia.

#salam sayang . salam kemaafan ku pinta andai terkasar bahasa , tersalah bicara terguris hati.
sebagai ikhtibar kepada semua :)


Nukilan JIWA~~


apa orang buat kat aku . aku sabar je.
apa orang nak kata kat. aku sabar je.
apa orang nak pertikaikan tentang aku. aku sabar je.
hurmm sampai bila aku nak sabar. sampai aku boleh tahan.
nak sabar memang susah tapi aku tetap tak putus asa.
aku akan cuba cuba dan cuba walaupun kadang-kadang memang perit untuk aku rasa.
aku tahu ALLAH tengah uji aku. selagi aku hidup selagi itu dye akan uji aku.
aku diam tak bermakna aku marah aku diam untuk dapat kan kesabaran itu.
bukan senang untuk menguasai sabar dalam diri ini.
orang sekeliling kita tak pernah nak paham kita kan.
apa yang mereka tahu hanya untuk dirinya sahaja.
aku diam juga kerana aku malas nak berlaku nya pergaduhan.
wahai semua ingat lah & pikir lah dahulu sebelum melakukan apa-apa
kadang-kadang kita pikir yang kita ni dah betul betul & betul sangat-sangat lah.
tapi hakikat nya dalam betul tue kau dah menyakitkan hati kawan kau.
kenapa ekhhh kita nak orang semua buat apa yang kita suruh tapi pernah kah kita pikir
perasaan orang lain jugak..
# ayat aku ini bukan peringatan untuk semua tapi untuk diri aku jugak.
aku cuba untuk elakan pergaduhan.
aku cuba untuk didik diri aku ni bersabar.
kita patut nya matang lah sikit aku tahu matang bukan dari segi umur kalau umur 12 tahun pun kalau pandai pikir matang so hebat lah dye... tapi tak kan sekecil ni pun nak orang sekeliling ajar macam mana
caranya nak matang.

WEDDING Semata-MAta

First dapat call wahh wahh sukanya sukanya. memang terasa suka sangat lah kan..
lepas tu terus pikir hurmm apa aku nak buat ni.
sampai tak boleh nak tidur lena lah asyik duk mikir jea. apa patut aku buat ni..
hurmmm korang mesti tertanya-tanya kan apa lah yang call aku ni. apa lah yang jadi.
kalau tertanya-tanya lah. kalau tak it's okay haha tak kan nak paksa pulak.
macam ni citew dia malam 19 APRIL 2013 aku dapat satu panggilan ada lah seorang wanita ni tetiba lah kan nak tempah buat kad kahwin dengan aku. perhhhhhh hati ni suka giler hahah maklumlah first customer kott hihhihi selama ni mana pernah. and aku pun tak berharap sangat nak dapat customer ni sebab aku tahu aku masih tak layak nak jadi designer.
oka next hehe customer aku ni tanya lah macam-macam kan nak itu nak ini.
aku hanya mampu jawap sedang-sedang je sebab nya yang lain aku tak tahu nak jawap apa. yelah aku ni dah lah susah nak bercakap kalau tanya macan-macam lagi lah aku tak tahu nak jawap apa.
last sekali aku cakap kat dye nanti lah aku bagi tahu semua nya.
21 APRIL 2013 aku hantar lah we chat kat boss aku tnya lah keterangan yang customer aku nak tahu tu.
lepas tanya semua oke settle then, aku pun msg customer tu and terus buat design . hurmm design yang pertama di reject sebab aku just buat sekeping kad je. sebab esuk nya aku call dye , dye cakap nak lipat dua malu lah nak bagi kat orang kalau sekeping jea.
aku pun oowhhh oke lah tak pelah akak nanti malam ni saya buat satu lagi design kat akak lipat dua.
akak tu pun oke kan jelah..
malam tu jenuh aku pikir haiishh cam mana lah aku nak buat kad kahwin lipat dua ni. dah lah tak ada rujukan mana aku nak tahu ni. memang naik jemu dah aku ase pikir benda tu.. last sekali dapat lah idea dri tenet tu pun guna sim member aku jap nak bukak tenet. bila dah dapat semua barulah dapat ilham.
So, apa tunggu lagi aku pun siap kan lah sebab esuk nya nak hantar.
keesukan nya pergi pejabat bukak email dan terus send . lepas send msg akak tu yang design kad kahwin aku dah send.

..............................................
..............................................
tapi citew nya amat menyedih kan akak tu tak msg aku langsung. satu feddback pun dye tak bagi kat aku.
aku tak kisah lah kalau dye tak nak kad kadwin aku sekalipun atleast bagi lah msg. huhhhhh.. !!!!
hehehhe aku pulak nak angin kan. tapi bila pikir balik takpelah aku tak rugi apa pun kalau dia tak nak.
sebab apa yang aku buat tu dapat menambah kan lagi ilmu pengetahuan aku dalam photoshop ni.
kalau tak buat tak tahu lah aku semua semua tu kan. sampai hari ni aku redha dah anggap lah benda tu just pengalaman aku jea.
kalau akak tu tak nak nak buat cam mana, tak kan nak paksa pulak haha itu memang KEJAM kihkihkih
okelah sampai sini saje.. tak ada apa dah kot nak citew.

.........................................
********************
nak tenguk cam mana kad kahwin aku buat,, tapi kad yang aku buat memang tak lawa pun sebab budak baru nak belajar.. lain lah kalau aku nak dah profesional gituuuuuu !!! itu memang tak dapat nak di elakkan lah. bawah ni lah kad kahwin yang aku ubah sikit-sikit hurmmmm nama, alamat, tarikh semua tak betul tu aku just buat jea sebab nak lihat cara nya jea. oke lah. kalau ada apa-apa sila comment lah oke. tak mampu nak kata apa-apa. :)




SEM4 sudah berakhir, pejam celik, pejam celik, habis sudah satu lagi diari kehidupan ku di utem ! semoga semuanyaa di rahmati oleh-NYA. Kini, aku akan masuk ke dunia kerja. alahai, sebenarnya, takdelah kerja sangat, just praktikal je. hihi. tak lama mane pun, just 10minggu, in sya ALLAH, aku akan gunakan segala ilmu aku yg telah ku miliki selama ni semasa LI nnt, semoga dipermudahkan oleh-NYA. hati membuak-buak ingin tahu akan ape sebenarnye bidang kerja yg akan aku buat semasa LI nnt, kalau boleh, aku inginkan sesuatu yg lebih mencabar ! HAHA. nnt, bila aku sudah tawarkan kerja, boleh lah aku applykan serba sedikit ilmu LI aku . hihi. bermulanya LI nnt, bermulalah juga perpisahan sementara aku dengan si dia. masing-masing akan bercuti panjang dan mengalami proses LI, apa yg aku harapkan, tiada ape yg merubah keadaan kami sekarang, semoga kami berdua sentiasa di berikan hidayah oleh-NYA. semoga kami sentiasa berada di landasan yg betul, tidak lalai. semoga ALLAH, suatu hari nnt, memakbulkan doa kami untuk sama-sama disatukan sehingga ke syurga-NYA. keikhlasan hati memang tak dapat diukur melalui pandagan luar, melainkan hanya org itu sendiri yg mengukur tahap keikhlasan dan kesetiaan hati masing-masing . :D . tempoh lima bulan terpisah, mungkin merupakan tempoh masa yg lama, namun, sapalah kita utk menghalang percaturan dari-NYA. kita hanya insan yg lemah, ape yg telah dirancang, itu adalah yg sebaik-NYA, doaku buatmu, semoga dirimu sentiasa dirahmati dan disenangkan segala urusan tidak kira dalam ape jua bidang ! semoga kamu, sentiasa tabah dengan ape jua cabaran yg mendatang ! keep chill, keep calm, SMILE ! say ALHAMDULILLAH ! sebaik-baik perancangan itu, adalah perancangan daripada pencipta kita. semoga kita dapat bersua muka di hari yg lain. usah bersedih, kalau rindu, ingatlah ALLAH, dan sampaikan lah salam kerinduan itu melalui doa ! amin .


LIFEEEEE !!!!

sedar tak sedar, kini aku sudah di sem empat pengajianku di alam universiti. pelbagai ragam yg telah aku tempuh sepanjang hampir dua tahun aku ni bumi melaka ni. In Sya ALLAH, dengan pengalaman hidupku ini, aku Akan gunakan kelak setelah aku keluar ke dunia pekerjaan nanti, tapi aku tahu, jika masih diberi kesempatan hidup di bumi pinjaman ini, sebenarnya, masih beribu rintangan yang masih menungguku di luar sana. tapi, sebagai seorang manusia yg bernyawa, aku akan tetap terus kuat menempuh dugaan itu, In Sya ALLAH dengan izin-NYA. nyata sekali kehidupan aku di alam pengajian di universiti ini amatlah berbeza di kala aku berada di zaman persekolahan. cabaran lebih kuat, datang dan terus mendatang, itulah yg dinamanya sebagai KEHIDUPAN. LIFEEEE ! aku rasa, pengalaman paling berharga untukku adalah pengalaman hidup berjauhan daripada keluarga. walaupun dahulu aku penah berada di situasi sama, iaitu hidup berjauhan dengan keluarga, namun suasana sekarang dengan dulu kala amatlah berbeza. dahulu mungkin aku tidak seberapa sangat memikirkan tentang perasaan itu, mungkin faktor usia dan kematangan ku . hihi . dalu, aku masih belasan, sekarang, usiaku sudah meningkat ke alam remaja, 20-an, mungkin sekarang aku pandai menilai akan tanggungjawab aku, ,terutamanya terhadap keluarga, In Sya ALLAH, kalau diberi kekuatan, aku akan berusaha sedaya upaya dengan kedrat yg ada untuk mengbahagiakan kedua ibu dan bapaku . dahulu, semasa aku di sekolah, penah beberapa kali juga aku terdengar akan ayat puitis daripada guruku . 'KALAU HENDAK MENUNTUT ILMU, BIARLAH SAMPAI KE NEGERI CHINA'. ayat ini sentiasa bermain-main di kotak fikiran ku bila terkenangkan bebanan yg terpaksa ku tempuhi. ayat itu seperti mengajarku supaya tidak penah untuk terus tidak berputus asa walaupun sejauh mana pun kita berada, sesusah mana pun kita, teruskanlah berusaha. mungkin selepas ini akan selalu konsep atau semangat itu untuk terus memberi kekuatan kepada ku ! aku berharap, apa yg aku lakukan, apa jua usaha yg aku lakukan selama ni, diberkati oleh-NYA. AMIN :D. kejayaan memang tak akan datang tanpa usaha dan semangat yg kuat, kadang-kadang, aku pun tertanya-tanya, bila aku kecewa dengan resultku walaupun aku tidak penah putus berusaha, tapi, siapakah aku untuk menilai usaha yg aku lakukan selam ini bukan ? itu kerja yg MAHA ESA, kita hanyalah insan yg lemah yg hanya bergantung kepada kekuatan yg diberi pinjam dari DIA. apa-apa pun, aku mesti kuat, kuat dan terus kuat, mungkin pada saat itu dan ketika itu, ALLAH ingin menguji ku dengan apa jua keputusan yg aku dapat. so, walau apa pun yg kita dapat, kita harus bersyukur, rezeki ada dimana-mana, berusalah sehingga tidak terdirinya dua batang batu nisan di atas kubur kita. :D . okaylah. moga bertemu lagi . ASSALAMUALAIKUM .


'FINAL EXAM' datang lagi .




HAHA. nampak title post mcm seronok je bunyinya kan, tapi hakikatnya, aku sendiri tak dapat nak describekan perasaan sebenar aku sekarang ni. Bermacam-macam perkara yg meracuni kotak fikiran aku. Okaylah, start 18/3 ni aku akan menduduki exam bagi sem4. Nak cakap pasal persediaan, rasanya rak seberapa sangat, time 'study week', aku lebih banyak berada dirumah, yelah, kalau aku tak balik rumah yg beratus batu jauh dari tempat aku belajar sekarang, alamatnya, terpaksalah aku tunggu TIGA bulan lagi, baru boleh jumpa family, balik haritu, study pun just ala kadar je, nak back up sikit2 je. minggu 1st exam aku dah kena tempuh 4paper, :O. Ape2pun, aku memohon kepada yg ESA semoga dipermudahkan segala urusan ku pada exam kali ni, bukan setakat exam kali ni, tp, selamanya, ku akui, sem ni cabaran sungguh kuat bagiku. entah kenapa, aku pun makin tak mergerti . takpelah, aku redha dengan ketentuan ILAHI. aku berserah kepada-NYA. ape2pun, aku mesti lupakan segala permasalahan ini, aku mesti lebih fokus dan fokus. WISH ME LUCK EVERYONE !!!!!!