LIFEEEEE !!!!

sedar tak sedar, kini aku sudah di sem empat pengajianku di alam universiti. pelbagai ragam yg telah aku tempuh sepanjang hampir dua tahun aku ni bumi melaka ni. In Sya ALLAH, dengan pengalaman hidupku ini, aku Akan gunakan kelak setelah aku keluar ke dunia pekerjaan nanti, tapi aku tahu, jika masih diberi kesempatan hidup di bumi pinjaman ini, sebenarnya, masih beribu rintangan yang masih menungguku di luar sana. tapi, sebagai seorang manusia yg bernyawa, aku akan tetap terus kuat menempuh dugaan itu, In Sya ALLAH dengan izin-NYA. nyata sekali kehidupan aku di alam pengajian di universiti ini amatlah berbeza di kala aku berada di zaman persekolahan. cabaran lebih kuat, datang dan terus mendatang, itulah yg dinamanya sebagai KEHIDUPAN. LIFEEEE ! aku rasa, pengalaman paling berharga untukku adalah pengalaman hidup berjauhan daripada keluarga. walaupun dahulu aku penah berada di situasi sama, iaitu hidup berjauhan dengan keluarga, namun suasana sekarang dengan dulu kala amatlah berbeza. dahulu mungkin aku tidak seberapa sangat memikirkan tentang perasaan itu, mungkin faktor usia dan kematangan ku . hihi . dalu, aku masih belasan, sekarang, usiaku sudah meningkat ke alam remaja, 20-an, mungkin sekarang aku pandai menilai akan tanggungjawab aku, ,terutamanya terhadap keluarga, In Sya ALLAH, kalau diberi kekuatan, aku akan berusaha sedaya upaya dengan kedrat yg ada untuk mengbahagiakan kedua ibu dan bapaku . dahulu, semasa aku di sekolah, penah beberapa kali juga aku terdengar akan ayat puitis daripada guruku . 'KALAU HENDAK MENUNTUT ILMU, BIARLAH SAMPAI KE NEGERI CHINA'. ayat ini sentiasa bermain-main di kotak fikiran ku bila terkenangkan bebanan yg terpaksa ku tempuhi. ayat itu seperti mengajarku supaya tidak penah untuk terus tidak berputus asa walaupun sejauh mana pun kita berada, sesusah mana pun kita, teruskanlah berusaha. mungkin selepas ini akan selalu konsep atau semangat itu untuk terus memberi kekuatan kepada ku ! aku berharap, apa yg aku lakukan, apa jua usaha yg aku lakukan selama ni, diberkati oleh-NYA. AMIN :D. kejayaan memang tak akan datang tanpa usaha dan semangat yg kuat, kadang-kadang, aku pun tertanya-tanya, bila aku kecewa dengan resultku walaupun aku tidak penah putus berusaha, tapi, siapakah aku untuk menilai usaha yg aku lakukan selam ini bukan ? itu kerja yg MAHA ESA, kita hanyalah insan yg lemah yg hanya bergantung kepada kekuatan yg diberi pinjam dari DIA. apa-apa pun, aku mesti kuat, kuat dan terus kuat, mungkin pada saat itu dan ketika itu, ALLAH ingin menguji ku dengan apa jua keputusan yg aku dapat. so, walau apa pun yg kita dapat, kita harus bersyukur, rezeki ada dimana-mana, berusalah sehingga tidak terdirinya dua batang batu nisan di atas kubur kita. :D . okaylah. moga bertemu lagi . ASSALAMUALAIKUM .


0 komen budak cute:

Post a Comment