SEM4 sudah berakhir, pejam celik, pejam celik, habis sudah satu lagi diari kehidupan ku di utem ! semoga semuanyaa di rahmati oleh-NYA. Kini, aku akan masuk ke dunia kerja. alahai, sebenarnya, takdelah kerja sangat, just praktikal je. hihi. tak lama mane pun, just 10minggu, in sya ALLAH, aku akan gunakan segala ilmu aku yg telah ku miliki selama ni semasa LI nnt, semoga dipermudahkan oleh-NYA. hati membuak-buak ingin tahu akan ape sebenarnye bidang kerja yg akan aku buat semasa LI nnt, kalau boleh, aku inginkan sesuatu yg lebih mencabar ! HAHA. nnt, bila aku sudah tawarkan kerja, boleh lah aku applykan serba sedikit ilmu LI aku . hihi. bermulanya LI nnt, bermulalah juga perpisahan sementara aku dengan si dia. masing-masing akan bercuti panjang dan mengalami proses LI, apa yg aku harapkan, tiada ape yg merubah keadaan kami sekarang, semoga kami berdua sentiasa di berikan hidayah oleh-NYA. semoga kami sentiasa berada di landasan yg betul, tidak lalai. semoga ALLAH, suatu hari nnt, memakbulkan doa kami untuk sama-sama disatukan sehingga ke syurga-NYA. keikhlasan hati memang tak dapat diukur melalui pandagan luar, melainkan hanya org itu sendiri yg mengukur tahap keikhlasan dan kesetiaan hati masing-masing . :D . tempoh lima bulan terpisah, mungkin merupakan tempoh masa yg lama, namun, sapalah kita utk menghalang percaturan dari-NYA. kita hanya insan yg lemah, ape yg telah dirancang, itu adalah yg sebaik-NYA, doaku buatmu, semoga dirimu sentiasa dirahmati dan disenangkan segala urusan tidak kira dalam ape jua bidang ! semoga kamu, sentiasa tabah dengan ape jua cabaran yg mendatang ! keep chill, keep calm, SMILE ! say ALHAMDULILLAH ! sebaik-baik perancangan itu, adalah perancangan daripada pencipta kita. semoga kita dapat bersua muka di hari yg lain. usah bersedih, kalau rindu, ingatlah ALLAH, dan sampaikan lah salam kerinduan itu melalui doa ! amin .


LIFEEEEE !!!!

sedar tak sedar, kini aku sudah di sem empat pengajianku di alam universiti. pelbagai ragam yg telah aku tempuh sepanjang hampir dua tahun aku ni bumi melaka ni. In Sya ALLAH, dengan pengalaman hidupku ini, aku Akan gunakan kelak setelah aku keluar ke dunia pekerjaan nanti, tapi aku tahu, jika masih diberi kesempatan hidup di bumi pinjaman ini, sebenarnya, masih beribu rintangan yang masih menungguku di luar sana. tapi, sebagai seorang manusia yg bernyawa, aku akan tetap terus kuat menempuh dugaan itu, In Sya ALLAH dengan izin-NYA. nyata sekali kehidupan aku di alam pengajian di universiti ini amatlah berbeza di kala aku berada di zaman persekolahan. cabaran lebih kuat, datang dan terus mendatang, itulah yg dinamanya sebagai KEHIDUPAN. LIFEEEE ! aku rasa, pengalaman paling berharga untukku adalah pengalaman hidup berjauhan daripada keluarga. walaupun dahulu aku penah berada di situasi sama, iaitu hidup berjauhan dengan keluarga, namun suasana sekarang dengan dulu kala amatlah berbeza. dahulu mungkin aku tidak seberapa sangat memikirkan tentang perasaan itu, mungkin faktor usia dan kematangan ku . hihi . dalu, aku masih belasan, sekarang, usiaku sudah meningkat ke alam remaja, 20-an, mungkin sekarang aku pandai menilai akan tanggungjawab aku, ,terutamanya terhadap keluarga, In Sya ALLAH, kalau diberi kekuatan, aku akan berusaha sedaya upaya dengan kedrat yg ada untuk mengbahagiakan kedua ibu dan bapaku . dahulu, semasa aku di sekolah, penah beberapa kali juga aku terdengar akan ayat puitis daripada guruku . 'KALAU HENDAK MENUNTUT ILMU, BIARLAH SAMPAI KE NEGERI CHINA'. ayat ini sentiasa bermain-main di kotak fikiran ku bila terkenangkan bebanan yg terpaksa ku tempuhi. ayat itu seperti mengajarku supaya tidak penah untuk terus tidak berputus asa walaupun sejauh mana pun kita berada, sesusah mana pun kita, teruskanlah berusaha. mungkin selepas ini akan selalu konsep atau semangat itu untuk terus memberi kekuatan kepada ku ! aku berharap, apa yg aku lakukan, apa jua usaha yg aku lakukan selama ni, diberkati oleh-NYA. AMIN :D. kejayaan memang tak akan datang tanpa usaha dan semangat yg kuat, kadang-kadang, aku pun tertanya-tanya, bila aku kecewa dengan resultku walaupun aku tidak penah putus berusaha, tapi, siapakah aku untuk menilai usaha yg aku lakukan selam ini bukan ? itu kerja yg MAHA ESA, kita hanyalah insan yg lemah yg hanya bergantung kepada kekuatan yg diberi pinjam dari DIA. apa-apa pun, aku mesti kuat, kuat dan terus kuat, mungkin pada saat itu dan ketika itu, ALLAH ingin menguji ku dengan apa jua keputusan yg aku dapat. so, walau apa pun yg kita dapat, kita harus bersyukur, rezeki ada dimana-mana, berusalah sehingga tidak terdirinya dua batang batu nisan di atas kubur kita. :D . okaylah. moga bertemu lagi . ASSALAMUALAIKUM .


'FINAL EXAM' datang lagi .




HAHA. nampak title post mcm seronok je bunyinya kan, tapi hakikatnya, aku sendiri tak dapat nak describekan perasaan sebenar aku sekarang ni. Bermacam-macam perkara yg meracuni kotak fikiran aku. Okaylah, start 18/3 ni aku akan menduduki exam bagi sem4. Nak cakap pasal persediaan, rasanya rak seberapa sangat, time 'study week', aku lebih banyak berada dirumah, yelah, kalau aku tak balik rumah yg beratus batu jauh dari tempat aku belajar sekarang, alamatnya, terpaksalah aku tunggu TIGA bulan lagi, baru boleh jumpa family, balik haritu, study pun just ala kadar je, nak back up sikit2 je. minggu 1st exam aku dah kena tempuh 4paper, :O. Ape2pun, aku memohon kepada yg ESA semoga dipermudahkan segala urusan ku pada exam kali ni, bukan setakat exam kali ni, tp, selamanya, ku akui, sem ni cabaran sungguh kuat bagiku. entah kenapa, aku pun makin tak mergerti . takpelah, aku redha dengan ketentuan ILAHI. aku berserah kepada-NYA. ape2pun, aku mesti lupakan segala permasalahan ini, aku mesti lebih fokus dan fokus. WISH ME LUCK EVERYONE !!!!!!