WEDDING Semata-MAta

First dapat call wahh wahh sukanya sukanya. memang terasa suka sangat lah kan..
lepas tu terus pikir hurmm apa aku nak buat ni.
sampai tak boleh nak tidur lena lah asyik duk mikir jea. apa patut aku buat ni..
hurmmm korang mesti tertanya-tanya kan apa lah yang call aku ni. apa lah yang jadi.
kalau tertanya-tanya lah. kalau tak it's okay haha tak kan nak paksa pulak.
macam ni citew dia malam 19 APRIL 2013 aku dapat satu panggilan ada lah seorang wanita ni tetiba lah kan nak tempah buat kad kahwin dengan aku. perhhhhhh hati ni suka giler hahah maklumlah first customer kott hihhihi selama ni mana pernah. and aku pun tak berharap sangat nak dapat customer ni sebab aku tahu aku masih tak layak nak jadi designer.
oka next hehe customer aku ni tanya lah macam-macam kan nak itu nak ini.
aku hanya mampu jawap sedang-sedang je sebab nya yang lain aku tak tahu nak jawap apa. yelah aku ni dah lah susah nak bercakap kalau tanya macan-macam lagi lah aku tak tahu nak jawap apa.
last sekali aku cakap kat dye nanti lah aku bagi tahu semua nya.
21 APRIL 2013 aku hantar lah we chat kat boss aku tnya lah keterangan yang customer aku nak tahu tu.
lepas tanya semua oke settle then, aku pun msg customer tu and terus buat design . hurmm design yang pertama di reject sebab aku just buat sekeping kad je. sebab esuk nya aku call dye , dye cakap nak lipat dua malu lah nak bagi kat orang kalau sekeping jea.
aku pun oowhhh oke lah tak pelah akak nanti malam ni saya buat satu lagi design kat akak lipat dua.
akak tu pun oke kan jelah..
malam tu jenuh aku pikir haiishh cam mana lah aku nak buat kad kahwin lipat dua ni. dah lah tak ada rujukan mana aku nak tahu ni. memang naik jemu dah aku ase pikir benda tu.. last sekali dapat lah idea dri tenet tu pun guna sim member aku jap nak bukak tenet. bila dah dapat semua barulah dapat ilham.
So, apa tunggu lagi aku pun siap kan lah sebab esuk nya nak hantar.
keesukan nya pergi pejabat bukak email dan terus send . lepas send msg akak tu yang design kad kahwin aku dah send.

..............................................
..............................................
tapi citew nya amat menyedih kan akak tu tak msg aku langsung. satu feddback pun dye tak bagi kat aku.
aku tak kisah lah kalau dye tak nak kad kadwin aku sekalipun atleast bagi lah msg. huhhhhh.. !!!!
hehehhe aku pulak nak angin kan. tapi bila pikir balik takpelah aku tak rugi apa pun kalau dia tak nak.
sebab apa yang aku buat tu dapat menambah kan lagi ilmu pengetahuan aku dalam photoshop ni.
kalau tak buat tak tahu lah aku semua semua tu kan. sampai hari ni aku redha dah anggap lah benda tu just pengalaman aku jea.
kalau akak tu tak nak nak buat cam mana, tak kan nak paksa pulak haha itu memang KEJAM kihkihkih
okelah sampai sini saje.. tak ada apa dah kot nak citew.

.........................................
********************
nak tenguk cam mana kad kahwin aku buat,, tapi kad yang aku buat memang tak lawa pun sebab budak baru nak belajar.. lain lah kalau aku nak dah profesional gituuuuuu !!! itu memang tak dapat nak di elakkan lah. bawah ni lah kad kahwin yang aku ubah sikit-sikit hurmmmm nama, alamat, tarikh semua tak betul tu aku just buat jea sebab nak lihat cara nya jea. oke lah. kalau ada apa-apa sila comment lah oke. tak mampu nak kata apa-apa. :)




SEM4 sudah berakhir, pejam celik, pejam celik, habis sudah satu lagi diari kehidupan ku di utem ! semoga semuanyaa di rahmati oleh-NYA. Kini, aku akan masuk ke dunia kerja. alahai, sebenarnya, takdelah kerja sangat, just praktikal je. hihi. tak lama mane pun, just 10minggu, in sya ALLAH, aku akan gunakan segala ilmu aku yg telah ku miliki selama ni semasa LI nnt, semoga dipermudahkan oleh-NYA. hati membuak-buak ingin tahu akan ape sebenarnye bidang kerja yg akan aku buat semasa LI nnt, kalau boleh, aku inginkan sesuatu yg lebih mencabar ! HAHA. nnt, bila aku sudah tawarkan kerja, boleh lah aku applykan serba sedikit ilmu LI aku . hihi. bermulanya LI nnt, bermulalah juga perpisahan sementara aku dengan si dia. masing-masing akan bercuti panjang dan mengalami proses LI, apa yg aku harapkan, tiada ape yg merubah keadaan kami sekarang, semoga kami berdua sentiasa di berikan hidayah oleh-NYA. semoga kami sentiasa berada di landasan yg betul, tidak lalai. semoga ALLAH, suatu hari nnt, memakbulkan doa kami untuk sama-sama disatukan sehingga ke syurga-NYA. keikhlasan hati memang tak dapat diukur melalui pandagan luar, melainkan hanya org itu sendiri yg mengukur tahap keikhlasan dan kesetiaan hati masing-masing . :D . tempoh lima bulan terpisah, mungkin merupakan tempoh masa yg lama, namun, sapalah kita utk menghalang percaturan dari-NYA. kita hanya insan yg lemah, ape yg telah dirancang, itu adalah yg sebaik-NYA, doaku buatmu, semoga dirimu sentiasa dirahmati dan disenangkan segala urusan tidak kira dalam ape jua bidang ! semoga kamu, sentiasa tabah dengan ape jua cabaran yg mendatang ! keep chill, keep calm, SMILE ! say ALHAMDULILLAH ! sebaik-baik perancangan itu, adalah perancangan daripada pencipta kita. semoga kita dapat bersua muka di hari yg lain. usah bersedih, kalau rindu, ingatlah ALLAH, dan sampaikan lah salam kerinduan itu melalui doa ! amin .


LIFEEEEE !!!!

sedar tak sedar, kini aku sudah di sem empat pengajianku di alam universiti. pelbagai ragam yg telah aku tempuh sepanjang hampir dua tahun aku ni bumi melaka ni. In Sya ALLAH, dengan pengalaman hidupku ini, aku Akan gunakan kelak setelah aku keluar ke dunia pekerjaan nanti, tapi aku tahu, jika masih diberi kesempatan hidup di bumi pinjaman ini, sebenarnya, masih beribu rintangan yang masih menungguku di luar sana. tapi, sebagai seorang manusia yg bernyawa, aku akan tetap terus kuat menempuh dugaan itu, In Sya ALLAH dengan izin-NYA. nyata sekali kehidupan aku di alam pengajian di universiti ini amatlah berbeza di kala aku berada di zaman persekolahan. cabaran lebih kuat, datang dan terus mendatang, itulah yg dinamanya sebagai KEHIDUPAN. LIFEEEE ! aku rasa, pengalaman paling berharga untukku adalah pengalaman hidup berjauhan daripada keluarga. walaupun dahulu aku penah berada di situasi sama, iaitu hidup berjauhan dengan keluarga, namun suasana sekarang dengan dulu kala amatlah berbeza. dahulu mungkin aku tidak seberapa sangat memikirkan tentang perasaan itu, mungkin faktor usia dan kematangan ku . hihi . dalu, aku masih belasan, sekarang, usiaku sudah meningkat ke alam remaja, 20-an, mungkin sekarang aku pandai menilai akan tanggungjawab aku, ,terutamanya terhadap keluarga, In Sya ALLAH, kalau diberi kekuatan, aku akan berusaha sedaya upaya dengan kedrat yg ada untuk mengbahagiakan kedua ibu dan bapaku . dahulu, semasa aku di sekolah, penah beberapa kali juga aku terdengar akan ayat puitis daripada guruku . 'KALAU HENDAK MENUNTUT ILMU, BIARLAH SAMPAI KE NEGERI CHINA'. ayat ini sentiasa bermain-main di kotak fikiran ku bila terkenangkan bebanan yg terpaksa ku tempuhi. ayat itu seperti mengajarku supaya tidak penah untuk terus tidak berputus asa walaupun sejauh mana pun kita berada, sesusah mana pun kita, teruskanlah berusaha. mungkin selepas ini akan selalu konsep atau semangat itu untuk terus memberi kekuatan kepada ku ! aku berharap, apa yg aku lakukan, apa jua usaha yg aku lakukan selama ni, diberkati oleh-NYA. AMIN :D. kejayaan memang tak akan datang tanpa usaha dan semangat yg kuat, kadang-kadang, aku pun tertanya-tanya, bila aku kecewa dengan resultku walaupun aku tidak penah putus berusaha, tapi, siapakah aku untuk menilai usaha yg aku lakukan selam ini bukan ? itu kerja yg MAHA ESA, kita hanyalah insan yg lemah yg hanya bergantung kepada kekuatan yg diberi pinjam dari DIA. apa-apa pun, aku mesti kuat, kuat dan terus kuat, mungkin pada saat itu dan ketika itu, ALLAH ingin menguji ku dengan apa jua keputusan yg aku dapat. so, walau apa pun yg kita dapat, kita harus bersyukur, rezeki ada dimana-mana, berusalah sehingga tidak terdirinya dua batang batu nisan di atas kubur kita. :D . okaylah. moga bertemu lagi . ASSALAMUALAIKUM .


'FINAL EXAM' datang lagi .




HAHA. nampak title post mcm seronok je bunyinya kan, tapi hakikatnya, aku sendiri tak dapat nak describekan perasaan sebenar aku sekarang ni. Bermacam-macam perkara yg meracuni kotak fikiran aku. Okaylah, start 18/3 ni aku akan menduduki exam bagi sem4. Nak cakap pasal persediaan, rasanya rak seberapa sangat, time 'study week', aku lebih banyak berada dirumah, yelah, kalau aku tak balik rumah yg beratus batu jauh dari tempat aku belajar sekarang, alamatnya, terpaksalah aku tunggu TIGA bulan lagi, baru boleh jumpa family, balik haritu, study pun just ala kadar je, nak back up sikit2 je. minggu 1st exam aku dah kena tempuh 4paper, :O. Ape2pun, aku memohon kepada yg ESA semoga dipermudahkan segala urusan ku pada exam kali ni, bukan setakat exam kali ni, tp, selamanya, ku akui, sem ni cabaran sungguh kuat bagiku. entah kenapa, aku pun makin tak mergerti . takpelah, aku redha dengan ketentuan ILAHI. aku berserah kepada-NYA. ape2pun, aku mesti lupakan segala permasalahan ini, aku mesti lebih fokus dan fokus. WISH ME LUCK EVERYONE !!!!!!






nukilan>>

aku sayang kawan-kawan aku
aku sayang orang yang rapat dengan aku
demi allah aku sangat menyayangi mereka
kalau boleh tak nak ada yang terkecik hati
terasa hati dengan perlakuan diri ini....
tapi aku salah.. 
apa yang kita jaga tu lah akan menjadi lain..
apa yang kita buat tu lah kita tak sedar right..
hmmm!!!
so maybe aku rasa banyak benda lagi yang perlu aku belajar.
belajar untuk membuat orang suka berkawan dengan kita
suka melayan karenah kita
tak ada yang akan berkecil hati


buat..buat..buat.. NO no!!!!!!!!

untuk apa aku menyakiti hati orang yang tidak bersalah.. untuk apa aku cari gaduh dengan orang. apa yang kita dapat kalau lakukan semua itu.. ianya tak ada apa-apa hasil pun. tapi kenapa mesti degil.. degil dan berkeras hati untuk sakit kan hati orang. hancur kan hati orang.. kadang-kadang tanpa kita sedari kita sakitkan hati orang.. 
aku tak mampu untuk itu dan ini. adakah dengan hidup menyediri seorang diri kita akan dapat mengelak dari sakit kan hati orang.. adakah betul jika dengan mengguna kan cara ini.. hati tertanya-tanya apa yang patut aku buat dan apa yang tidak patut. 
tapi dengan hidup menyediri seorang diri aku tak mampu kerna hati kecil ku akan meraung, rasa sedih bila merenung dengan apa yang jadi.. aku penat aku bosan dengan semua ini.. tapi apa kan daya bukan kita mintak untuk semua yang terjadi dalam dunia ini.. aku dah remaja umur semakin meningkat, peikiran kene berubah bukan dengan terus begini.. aku kene matang. zaman budak-budak dah berlalu. sekarang bukan lagi zaman persekolahan yang dulu bagi aku.. apa yang pasti aku takut untuk bersuara.. takut akan berlaku benda yang sama. baik kawal percakapan, kawal perasaan ,kawal segala-galanya maybe dengan diam lagi bagus kan dari banyak bercakap. cuba untuk ini. kalau ini memang yang terbaik.. insyallah akan aku usaha kan... :') biar hati sedih, biar hati kecewa.. jangan kita mengecewakan orang yang berada di samping kita, sahabat.. 


PRAKTIKAL

starting dapat tahu kene apply LI... hati berkata hmm senang je nak mohon ni. cari jelah kat internet and hantar resume guna email sekarang kan dah mudah IT kan segala-galanya ada  tapi bila tunggu punya tunggu xda berita langsung tentang dapat nya LI ni.. rupanya susah jugak.. apa yang orang cakap tempat yang boleh buat LI semua aku mohon.. one day kawan aku suruh apply dekat satu tempat ni n then aku pun apply lah.. esuk nya berita tentang dapat kat tempat tu pun keluar dia dapat tapi malangnya aku x dapat... hmm time tu hanya ALLAH je tahu  betapa sedih nya rasa hati ini... tapi aku silap. aku x patut ada rasa macam ni , apa yang jadi semua nya kehendak ALLAH aku x patut nak menolak takdir hidup aku yang telah ditetap kan oleh NYA. silap besar aku lambat sedar semua ni.. tapi x plah belajar dari apa yang dah berlaku.. 
kemudian cuti raya cina masing-masing balik rumah .. tapi sampai je kat umah rehat kejap , pas tu bukak laptop cari tempat LI lagi.. usaha dan harapan untuk dapat kan tempat LI memang x kan putus.. bila jumpa je terus send jumpa je send.. tanpa pikir dah tempat tu ada elaun atau x.. yang penting aku nak knowledge kat tempat tu.. esuk nya dapat satu mesej kata sabtu ni nak interview tapi time tu aku kat kampung lagi.. bagi mesej suruh tunda tarikh . orang tu pun tunda lah selamat lah baik.. nak tunggu tarikh untuk interview lama lah jugak. tapi tetap jugak cari syarikat lain untuk persediaan mana tahu x dapat ke interview nanti. tiap-tiap hari ngadu kat mak akak tentang LI.. dah lah aku xda transport nak LI nanti. itu lagi sush kan.. kandang-kandang rasa nak menitis air mata pikir semua ni sampai pelajaran apa pun aku x pikir dah.. selagi LI x setel selagi tu aku akan pikir.. 
tutaptutap... akhirnya sampai masa untuk aku balik tempat belajar balik cuti dah habis..
masa nak naik bus. salam tangan abah salam tngan mak. dalam masa tu sempat lagi ngadu and berkata 

me: ma doakan lah acik.. acik x dapat2 lagi LI ni.. takut lah dah lah xde masa dah..
mak: banyak kan lah solat hajat doa..mintak kat ALLAH. 
me: dah banyak kali buat. tapi ALLAH x kabul kan doa acik lagi.. ke doa acik memang x dikabulkan dah.
mak: ishh ishh mana boleh cakap macam tu.. insyallah mesti dimakbulkan lah.. mak sentiasa doakan anak mak semua yang baik2.. tak pernah putus doa tu..
me: hmm okelah ma. ma doa kan acik k..

masa tu rasa macam nak je menitis air mata.. pengorbanan mak bnyak menolong aku. banyak bagi support untuk aku.. banyak bagi nasihat yang x pernah henti.. walaupun aku ni orang yang cepat patah semangat jugak kadang-kadang.. dalam masa seminggu kat kampus atau kat mana-mana je.. asal jumpa tempat aku apply je.. sampai dekat KL,SELANGOR pun aku mohon janji dapat..
bila sampai nya hari untuk temuduga,, takut jugak rasa, dengan x prepare apa sebab malam tu ada meeting, esuk nya nak kene bangun pagi , so x sempat untuk aku buat pape.. 
esuk nya interview. sampai je kat syarikat tu.. semua senyap je.. sembang-sembang lama jugak lah.. bila nak balik je.. dia bagi surat. harhh okelah awak boleh LI kat sini nanti.. hahhaha gler x tahu nak cakap apa.. hanya sebut alhamdulillah banyak kali dalam hati bersyukur pada ALLAH. hanya beberapa soalan yang dikmukakan tapi bercerita yang banyak .. tapi boleh diterima.. sangat-sangat bersyukur.. 
malam nya kol mak bagi tahu.. mak happy sangat n syukur sbb ALLAH kabul kan doa nya...


kesabaran,tawakal, usaha,doa,ingat ALLAH semua nya memang penting.. dengan sabar banyak benda kita akan perolehi.. pikir sejenak berubah lah.. kerna kita jugak akan dapat kebaikan itu... nasihat untuk diri aku sendiri jugak..