PENGETAHUAN BERSAMA



AKU masih termenung. Skrin komputer riba aku tatap dalam. Aku cuba perah ayat-ayat supaya keluar dari otak. Tiada. Aku tatap lagi skrin. Terasa kosong. Jenuh otak memikirkan ayat-ayat sebagai mukadimah diri. Di luar suasana mula redup. Bahang matahari tadi sudah bertukar sejuk. Angin mula bertiup bila dahan halus mula meliuk lentuk ditempuh angin. Mata beralih pula ke arah skrin.
Bingung. Bujang begini, telinga panas diterjah soalan 'bila nak berdua?'. Aku bukan jenis memilih. Aku pertahankan prinsip. Jodoh biar datang sendiri. Bukan dicari, bukan dikejar, bukan dihambat. Aku perempuan. Betul, jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan tapi jodoh takkan datang jika tidak dicari.
"Orang cantik macam kau ni pun susah dapat jodoh ke?"
Itulah yang selalu telinga aku dengar dari orang yang mudah menuding jari seperti menghunus pedang. Mudahnya menghukum. Kata-kata sinis yang mula membuat hatinya bengkak. Bengkak macam susu kotak yang dah kembung dek tercemar dengan Clostridium. Bila-bila masa boleh meletup. Memang aku tak pernah memilih dalam soal jodoh. Namun bila dicari pula, kata-kata inilah yang terucap. Setiap kali salam perkenalan dihulur, sang jejaka mula undur diri. Bingung. Terasa seperti dihina.
"Awak terlalu cantik untuk saya.."
Ah! Alasan. Aku pasti ciri itu dulu yang dicari sang jejaka! Ramai teman aku yang sudah berdua- nikah. Mereka memang cantik dan lawa..ayu. Tak ada pula alasan itu yang diberi bila mereka berkenalan.. Aku bingung! Pening aku fikir alasan lain. Setiap kali tanya, itu alasan yang diberi.. Tak logik! Sudahnya aku hanya melihat dari jauh. Tidak berani dekat. Tidak berani melangkau ke fasa seterusnya. Aku diam.
Salahkah aku dilahirkan cantik?
Salahkah aku dikurniakan wajah lawa?
Salahkah aku diberi wajah ayu?
Tak layakkah aku dicintai?
Tak layakkah aku dikasihi?
Aku cuma inginkan seorang calon suami yang baik.
Aku cuma inginkan seorang lelaki yang jujur.
Bukan rupa, bukan kaya, bukan, bukan...
Ikhlas.. Ya ikhlas terima aku..bukan kerana rupa...
Akhirnya aku terjebak ke kancah PJJ... Perhubungan jarak jauh. Tak perlu jumpa. Tak perlu tayang muka. Walau beribu kali sang jejaka ingin menatap wajah, aku sedaya upaya mengelak. Biarlah aku dituduh tidak jujur dalam persahabatan. Aku rela. Telinga aku sudah fobia dengan ungkapan begitu.
Aku pandang skrin komputer riba. Mug berisi kopi panas diletak atas meja belajar. Lama skrin itu ditenung. Masih berfikir ayat apa yang hendak ditaip.
Sesekali dia pandang keluar tingkap. Hujan renyai yang mula memercik ke cermin tingkap berwarna mula menitik turun, mengalir perlahan membawa bersama rasa asid yang hadir dalam tompokan air dari kepulan awan. Lama aku renung. Warna pelangi mula menjenguk keluar bila disinari cahaya matahari . Cantik! Sungguh indah ciptaan Mu ya Tuhan! Kali ini aku senyum.
Pandangan aku alih pula pada skrin komputer. Lama menunggu. Tiada balasan. Wajah aku mula berubah corak. Hati mula tertanya-tanya. Tangan kiri menongkat dagu.
"Mungkin nasib aku begini.. macam ni..aku serah pada orang tua jelah.."
Aku melangkah longlai ke arah tingkap. Hujan renyai masih mencurah. Kali ini bersama air mata yang cuba ditahan. Aku menoleh kembali pada skrin komputer. Satu mesej diterima. Aku segera bergerak ke arah meja semula.
'Maaf..kau terlalu cantik untuk aku jadikan suri hidup ku..'
Aku terdiam. Terkedu. Entah apa ter...lagi... Air mata mula tumpah. Semakin bingung. Tanpa paparan wajah juga aku ditolak. Apa yang harus aku lakukan lagi??? Mandi bunga??... Aku tak percaya semua tu.
SETAHUN berlalu. Hidup aku masih begini. Kini aku mula pasrah. Padanya aku berserah. Selama ini aku tidak pernah memilih. Aku juga ada naluri untuk memiliki. Aku mula memandang dunia ini tidak adil untuk perempuan seperti aku.
Otak mula memutarkan kembali kehidupan lalu aku. Aku bukan perempuan yang mudah untuk jatuh cinta. Jadi tiada istilah kasih dan cinta pada sang jejaka. Aku dibesarkan dengan disiplin ketat. Tak boleh tu.. Tak boleh ini.. Pada ayah tak perlu cinta-cinta. Esok, kalau ada yang berkenan, terus kahwin.
Kata-kata itulah yang aku pegang. Tak perlu cinta. Aku hanya melihat teman-teman semuanya berdua. Ke hulu ke hilir. Aku takut. Takut untuk turut sama seperti itu. Aku terkontang- kanting seorang diri. Peristiwa dua tahun lalu yang mengajar aku begitu. Aku menyesal. Kata-kata ayah, aku sudah lupa tika itu.
************
"Kau okey ke?" 
Aku angguk tapi gementar.
"Kenapa muka kau pucat?"
Aku pandang sang jejaka di sebelah. " Aku tak biasa.."
Sang jejaka tersenyum. "Aku bukan orang lain..nanti jadi bakal tunang kau juga."
Aku pandang pula tasik. Hati mula gelisah. Itulah kali pertama aku bersama dengan sang jejaka di tempat begitu.
"Fikir apa?"
Aku menoleh. "Err..tak ada apa.."
Sang jejaka mula dekat. Semakin rapat.
Aku semakin berdebar. Duk dak duk dak.
"Kau cantik.."
Sang jejaka memuji, yang aku rasa entah ke berapa ratus kali masa ungkapan itu dilontar ketika berhubung di alam maya. Dan ini kali pertama aku mendengar dari mulutnya sendiri di depan aku.
Aku jarakkan tubuh ku bila terasa tangannya mula merayap menyentuh tangan aku. Aku jeling tajam.
Sang jejaka buat tidak kisah. Dia mula tarik tangan aku dan cuba menciumnya.
Di kala itu aku merasakan aku sudah berada di suatu tempat yang lain. Lain dari bumi ini. Satu suara bergema kuat gempita menerobos masuk ke cuping telinga.
'Laa Taqrabuzzina!!!'
Aku terus rentap dan lari sekuat hati tanpa menoleh lagi.
Sejak itu aku nekad tak akan keluar dengan mana-mana lelaki lagi. Jika adapun, hanya urusan kerja. Tidak lebih dari itu. Dan... ungkapan 'Awak terlalu cantik untuk saya..' sebenarnya hanyalah satu alasan. Aku ditolak hanya kerana tidak melayan ajakan sang jejaka untuk bertemu. Aku ditolak hanya kerana aku tidak mahu berpasangan seperti sepasang kekasih yang memadu kasih. Aku dianggap kolot. Aku dianggap pentingkan diri. Aku dianggap sombong. Aku dikatakan berlagak dengan kecantikan aku. Aku...terlalu banyak dugaan ..tak terdaya untuk aku luahkan.
******
KINI aku bersimpuh di bumi barakah. Meratap kekesalan di masjidil haram, rumah Allah yang indah. Memohon keampunan dariNya. Aku memandang sayu Baitullah. Air mata laju membasahi pipi. Doa ku panjatkan agar aku bertemu jodoh dengan sang jejaka yang boleh terima aku seadanya. Al ~
Helaian Quran aku selak. Mata tertumpu pada sepotong ayat: Qur'an surat Al – Isro' (17): 32
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk"
Air mata aku tumpah lagi. Aku lihat sekeliling. Betapa hinanya aku di situ namun aku bersyukur kerana dengan izinNya aku masih bertimpuh depan Kaabah.
Aku solat sunat tawaf sebaik selesai mengelilingi tujuh pusingan. Aku bersyukur kepadanya. Limpah kurniaNya, aku ditemukan dengan sang jejaka yang memahami aku. Aku bersyukur, di rumah Allah ini, sang jejaka yang bukan kacak, bukan kaya tapi penuh iman di dada.. 
*****
DI BUMI sendiri, aku memandang keluar tingkap. Hujan renyai mula membasahi bumi. Merenung jauh ke pemandangan hijau di luar. Pokok meliuk lentuk ditiup angin yang menerpa laju sekali-skala. Berdiri aku di tepi jendela yang usang. Kopi panas dalam mug aku hirup perlahan. Sesungguhnya aku tenang kini.
Sekali lagi aku melabuh punggung di tempat biasa. Skrin komputer aku renung lagi. Kali ini aku pasti mukadimah diri. Perlahan jari jemari aku menaip...
Maafkan aku..
Rapuh hati..rapuh jiwa..
Jalan itu yang aku lalui..
Meskipun rapuh...
Yang ku harap...
CintaMu yang bertakhta..
Maafkan aku..
Jika hati ini tak sempurna mencintaiMu..
Kerana aku rapuh...
Rapuh segala-galanya..
Aku senyum bila mendengar seseorang menyapa dari belakang . Aku menoleh.
"Abang..ada apa?"
"Buat apa, tak tidur lagi?"
"Belajar menulis puisi..."


#nie kisah cerpen aq amik dari satu artikel...tiba2 tertarik hati pulak so aq kongsikan lah kat kowang2 sume ^___^ selamat memahami serta membaca yea kowng2 sume :D

TRAGEDI!!!

*dengan cinta boleh buat aku merana
*dengan cinta boleh buat aku terseksa
*dengan cinta boleh buat aku jadi hilang arah
*dengan cinta boleh buat aku lalai dengan apa sahaja
*dengan cinta semua hidup aku hancur
*dengan cinta ramai orang yang sakit hati
*dengan cinta hidup tidak boleh nak bebas
*dengan cinta boleh buat aku benci dekat siapa sahaja
*dengan cinta boleh buat hidup asyik nak marah
*dengan cinta aku tidak kenal siapa diri aku sebenar

#pernahkah kau terfikir ape yang aku rasa,,pernahkah kau tahu yang aku ni jenis yang macam mana...
aku bukan ingin mengejar cinta tapi aku ingin mengejar benda yang benar...apa yang kita buat tidak akan mungkin ada yang faham..ini semua duniawi semata-mata...
#alangkah indahnya jika aku dengar apa kata-kata orang tua ku..
#alangkah indahnya jika masa ini dapat ku undur kan..
#alangkah indahnya jika aku hanya menikmati cinta dari ALLAH

aku tidak pernah akan menjangka diriku akan mengalaminya sebegini.hanya Tuhan saja yang tahu..Tuhan ingin menguji sejauh mana umatnya dapat bersabar dengan ujian yang diberikan olehNYA...

==> renung-renungkan lah ^____^


Wahai Si Dia Yang Bukan Dia!!


Teman.. Pernahkah kamu merasa satu ketika, kamu ditemukan dengan seseorang yang benar-benar satu epala denganmu, sehingga kamu merasa dia sebagai teman sejiwamu, tapi kamu harus merasakan penderitaan yang teramat sangat kerana bagaimanapun 'dia bukan untukmu?
Teman.. Pernahkah kamu ingin menangis sekuatnya dan membiarkan seluruh dunia mengetahui betapa dalamnya luka di hatimu ketika 'dia yang bukan untukmu' bagaimanapun juga tak akan boleh kamu lenyapkan dari hati dan fikiranmu?
Teman.. Pernahkah kamu ingin berteriak melepas semua beban dari hatimu namun 'dia yang bukan untukmu' itu berada semakin kuat dalam hatimu?
Teman.. pernahkah kamu beguti merindukannya, bahkan dalam tidurmu kamu masih da tetap merindukannya walaupun hampir setiap hari kau tahu kamu boleh brjumpa dengan 'dia yang bukan untukmu' itu?
Teman.. Pernahkah kamu terus dan terus berusaha untuk menjaga hatimu dan mengisi relung jiwamu dengan terus 'taqarrub ilallah' kerana walaupun kamu sedar bahawa semua ini telah digariskan oleh Allah Tuhan Sekalian Alam sebagai ujian bagimu, kerana Dia teramat menyayangimu?
Untukmu 'sayang yang bukan sayangku' saat aku tengah bergelut untuk lebih kaffah memasuki dan menjalankan ajaran agamaku, saat aku berusaha menyalakan kembali ghirah ke-islamku yang sempat redup..
Kamu datang padaku membawa kesejukan, membawa semangat perjuangan untukmu sehingga kebimbangan tak lagi menyerang dan perlahan menyingkir dariku.
Wahai 'sayang yang bukan sayangku' aku sedar betapa dirimu tak boleh ku salahkan begitu sahaja. Bahkan aku selalu berhusnuzhan terhadapmu, kerana aku yakin kamu pun mungkin tak menyedari bahawa dirimulah penyebab semua ini.
Wahai 'sayang yang bukan sayangku' sebenarnya ingin ku tanyakan kepadamu banyak pertanyaan yang tak boleh ku temukan jawapnya, kerana hanya dirimu yang tahu jawapannya.
Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
Ya Allah Ya Aliim, sesungguhnya ENGKAU Maha Mengetahui.
Ya Allah, sesungguhnya hanya ENGKAU lah tempat kami bergantung.
Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU Maha Urus semua urusan makhluk.
Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU Maha Mencintai dan Memelihara.
Ya Allah, Ya Ghaffaar, sesungguhnya ENGKAU Maha Pengampun.
Betapa rasa yang pernah ada padaku untuk 'sayang yang bukan sayangku' adalah hal yang salah dan tidak Engkau redhai, ampunilah aku. Hamba-Mu yang berlumuran dosa ini..

**yang baik jadikan sempadan**

Damai Dihati




Kedinginan angin petang menyapa tubuhku Menghentikan lamunanku tentang duniawi Lantas aku terus berpaling melihat kebesaran Mu Betapa agungnya ciptaan Mu Keindahannya sentiasa membuatkan aku tersenyum Keindahannya juga memberi damai dihati Benar…
 Semuanya cukup sempurna Kesempurnaannya melengkapkan hidup makhluk yang mendiaminya Syukur … Kerana sehingga saat ini aku masih diberi ruang waktu Untuk terus menikmatinya Disetiap hela nafasku Disetiap kerdip mataku Dan; Disetiap denyut nadiku… 
Terima kasih Tuhan atas segalanya untukku Maafkan hamba Mu ini Kerana sering menghitung ketidaksempurnaan Tanpa menilai setiap sesuatu yang Kau berikan adalah bersebab Seharusnya aku bersangka baik pada Mu Kerana aku tahu Pasti ada cahaya indah dihujung perjalanan ini

Eren 'Kangen Band' - Takkan Pisah





Sayang aku ingin berbicara kepadamu
Tentang apa yang tengah aku rasakan
Ada apa, ada apa katakanlah semuanya
Ku kan dengarkan duhai cintaku

Bila nanti orang tuamu meridhoi dengan
Apa yang ku rasakan padamu
Semua orang tua ingin yang terbaik untuk anaknya
Begitu pun orang tuaku


Kau takkan tinggalkanku
Takkan pernah, sayangku
Janjimu janjiku untukmu


Reff:
Takkan ada yang pisahkan kita
Sekali pun kau telah tiada
Akan ku pastikan
Ku kan memeluk menciummu di surga


Jangan kau pergi tinggalkan aku
Bawa aku ke mana kau mau
Janji ku padamu
Jiwa dan ragaku mati pun ku mau

ANUGERAH





Terima kasih tuhan atas anugerah Mu.. 
sesungguhnya redha itu indah bila dihayati Betapa besar kuasa Mu Tuhan.. 
Memberi setiap sesuatu dengan bersebab.. Menjadikan kisah dan perjalanan hidup manusia penuh erti.. terkadang kita tidak menyangka bahawa segalanya indah ..
 Bila dilalui dengan ketenangan dan keterbukaan.. Adakalanya ia mampu buat kita tersenyum walau dalam sendu ..Itula hakikat hidup.. Selagi kita masih menjadi pelakon di pentas dunia.. Tuhan meletakkan kita di tempat yang betul .. Tempat yang sepatutnya kita berada.. Supaya  nanti ...Kita mampu untuk menggunakan anugerah yang diberi sebaik mungkin .. 
Apapun yang KAU datangkan padaku.. Aku akan bersyukur dan tetap sujud pada Mu Tuhan .. Kasih sayang Mu terlalu sukar untuk digambarkan.. Memberikan dan mengambilnya kembali dengan bersebab.. Yakinlah bahawa tuhan menyayangi kita.. Walau kita selalu jauh dari Nya.. 
Walau kita selau lupa untuk mengingatinya


APA @de??



hari nie aq sedar ape prasaan yang kita x taw....seorang teman mmg sush tuk kita memahami tp ketahui lah jika kta kawan n tahu isi hti nye kita akn tahu ape yang dye rase kan...cume kita hnya mmpu berdiam dri x mmpu untuk lakukan ape2...aq sedar aq blom lagi menjadi yang sempurna tuk kmoo kawan tp hari demi hari aq akan cuba tuk lihat kmoo epy n bhagia....xsngka lak ko dalam diam dalam kegembiraan tp ade kesedihan nye cuma ko x tnjuk...bukan sng kita nak tenguk kawan sedih depan kita law dye epy kita lh tnguk tp hakikat nye dalam kegembiraan tue pas tie akn ade nye kesedihan....blog mu mmg nyentuh perasaan ku n dah wat kan air mata ku ni jatuh...aq x sngka sngguh tabah hati mu kawan dalam mempuh sgalah dugaan yang ALLAH berikan padamu....nape lah aq tahu bnda nie lmbat sngat...law x pasti ko leh luah kan nye at aq..xplah maybe aq akan perbaiki lagi dri ku nie,,,,
YOU AR THE BEST Y FRIEND!!!!!

hnya nie yang mmpu ku luah an isi hati....SALAM UKHUWAH>>SALAM PERSAHABATAN ^_^


(hnya aq je yang mngerti isi hati ku di bawah nie...hnya aq pham...)
tengs kawan ko yedarkan ku...

yang xde merindui tp yang ade dilupakan begitu je...aq sedar aq lalai...
pengorbanan dye amat bermkna YA ALLAH..aq silap aq lupa...dosa ku bnyak padanya...
jika dye sakit pon aq dah isaw ape tah lagi dye xde disisi aq...xkan dpat ku maaf kan dri ku nie...
aq x patut ingkar ckap nye...aq cuba ubah tuk memahami mu --------!!!!