Wahai Si Dia Yang Bukan Dia!!


Teman.. Pernahkah kamu merasa satu ketika, kamu ditemukan dengan seseorang yang benar-benar satu epala denganmu, sehingga kamu merasa dia sebagai teman sejiwamu, tapi kamu harus merasakan penderitaan yang teramat sangat kerana bagaimanapun 'dia bukan untukmu?
Teman.. Pernahkah kamu ingin menangis sekuatnya dan membiarkan seluruh dunia mengetahui betapa dalamnya luka di hatimu ketika 'dia yang bukan untukmu' bagaimanapun juga tak akan boleh kamu lenyapkan dari hati dan fikiranmu?
Teman.. Pernahkah kamu ingin berteriak melepas semua beban dari hatimu namun 'dia yang bukan untukmu' itu berada semakin kuat dalam hatimu?
Teman.. pernahkah kamu beguti merindukannya, bahkan dalam tidurmu kamu masih da tetap merindukannya walaupun hampir setiap hari kau tahu kamu boleh brjumpa dengan 'dia yang bukan untukmu' itu?
Teman.. Pernahkah kamu terus dan terus berusaha untuk menjaga hatimu dan mengisi relung jiwamu dengan terus 'taqarrub ilallah' kerana walaupun kamu sedar bahawa semua ini telah digariskan oleh Allah Tuhan Sekalian Alam sebagai ujian bagimu, kerana Dia teramat menyayangimu?
Untukmu 'sayang yang bukan sayangku' saat aku tengah bergelut untuk lebih kaffah memasuki dan menjalankan ajaran agamaku, saat aku berusaha menyalakan kembali ghirah ke-islamku yang sempat redup..
Kamu datang padaku membawa kesejukan, membawa semangat perjuangan untukmu sehingga kebimbangan tak lagi menyerang dan perlahan menyingkir dariku.
Wahai 'sayang yang bukan sayangku' aku sedar betapa dirimu tak boleh ku salahkan begitu sahaja. Bahkan aku selalu berhusnuzhan terhadapmu, kerana aku yakin kamu pun mungkin tak menyedari bahawa dirimulah penyebab semua ini.
Wahai 'sayang yang bukan sayangku' sebenarnya ingin ku tanyakan kepadamu banyak pertanyaan yang tak boleh ku temukan jawapnya, kerana hanya dirimu yang tahu jawapannya.
Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
Ya Allah Ya Aliim, sesungguhnya ENGKAU Maha Mengetahui.
Ya Allah, sesungguhnya hanya ENGKAU lah tempat kami bergantung.
Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU Maha Urus semua urusan makhluk.
Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU Maha Mencintai dan Memelihara.
Ya Allah, Ya Ghaffaar, sesungguhnya ENGKAU Maha Pengampun.
Betapa rasa yang pernah ada padaku untuk 'sayang yang bukan sayangku' adalah hal yang salah dan tidak Engkau redhai, ampunilah aku. Hamba-Mu yang berlumuran dosa ini..

**yang baik jadikan sempadan**

0 komen budak cute:

Post a Comment