Sahabatku,
Terima kasih kerana kau sudi hadir dalam hidup ku,
Menemani setiap langkahku dalam perjuangan ini,
Andai aku bisa menggapai bintang di langit,
Andai saja aku bisa meraih sang rembulan dan mentari,
Akan kuhadiahkan buatmu,
Sebagai tanda kasih dan sayangku,
Namun,
Aku tahu,
Itu semua diluar kemampuanku,
Hanya secebis doa yang mampu kuutus buatmu,
Semoga kau bahagia, dirahmati dan diredhai olehNya selalu...
UKHUWWAH FILLAH ABADAN ABADA...
Aku selalu ingin sahabatku ini tahu,
Yang aku sudah jadikan dia sebahagian dari kecintaanku,
Tidak lain adalah kerana Allah.
Aku ingin sahabatku ini selalu mengerti,
Yang aku perlu doa darinya,
Agar tetap kakiku di jalan ini.
Aku ingin sahabatku selalu faham,
Aku punya banyak kelemahan,
Yang terkadang mungkin,
Melukai dan membuatkan dia tidak senang denganku.
Jadi,
Wahai sahabat yang dirimu sentiasa di hati,
Ampuni tiap khilafku,
Mungkin tidak mampu untuk aku,
Hilangkan luka hatimu,
Tapi aku sentiasa berharap,
Untuk menjadi seorang sahabat yang setia di sisi,
Dalam payah dan senangmu,
Kerana ukhuwah kita bertaut demi cinta-Nya...
tak kira apa pun yang terjadi hingga ke akhir ayat ku kau tetap sahabat ku buat selamanya
andai hari ini aq pernah melakukan kesilapan aku ingin memohon maaf atas segala nya yang telah aku lakukan.bukan ku pinta untuk jadi begini ,
aku tahu kau pun mesti tahu tidak akan aku sanggup untuk berbuat perkara yang boleh menyakitkan hati kawan-kawan aku sendiri. setiap kesilapan yang pernah ku lakukan pada mu aku hanya mampu berdoa pada ALLAH agar kita tidak sentiasa kekal begini selamanya.andai perbuatan ku dan juga kesilapan ku yang lalu serta kini banyak telah menyakitkan dirimu..aku mohon maaf kan lah diri ku ini..
anggap lah aku ini masih lagi kawan mu dunia akhirat aku tak mampu untuk berpisah dengan kamu buat selamanya kawan.. hanya ini yang mampu kukatakan pada mu wahai sahabat ku yang lain biarlah menjadi rahsia kita .. aku sentiasa merinduimu tiap masa..
hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa penting nya dirimu buat diriku ini.. aku pinta jangan lah kau menghukum diriku sebegini segala kata-kata mu amat bermakna buat ku aku tidak mampu untuk bergaduh serta berpisah dengan kau lama-lama,,
,bina lah persahabatan kita ini seperti mana yang pernah kita kenal dahulu.....
akhir kata buat ku aku amat menyayangi segala persahabatan kita ini jangan lah kita hancurkan nya hanya disebab kan permasalahan yang tidak mampu dielakan serta tidak disengajakan.. kita selamanya tetap kawan....
AKU SAYANG KAMOO SELAMANYA!!!
Sahabat
Ada lagu yang menceritakan seorang sahabat. Andaikan saja sahabat seperti ''Kepompong''.
Sahabat adalah
a. orang yang lama kita kenal,
b. orang yang selalu dekat dengan kita,
c. orang yang selalu mendengarkan curhat kita,
d. orang selalu menerima kita apa adanya,
e. orang yang menghibur kita dikala senang maupun sedih,
f. dikala susah maupun duka
g. selalu tolong menolong,
h. dll














0 komen budak cute:
Post a Comment