personality

" Jangan melihat penampilan, Kerana ia boleh menipumu. "
" Jangan melihat kekayaan, kerana ia boleh menghancurakanmu "
Pergilah kepada seseorang yang boleh membuat kamu TERSENYUM...
Kerana hanya dengan sebuah senyuman hari yang gelap menjadi terang.
Carilah seseorang yang akan membuat hatimu TERSENYUM
" Jangan menilai seseorang berdasarkan paras rupa "
Sebab tidak semua yang mukanya cantik itu baik dan tidak semua yang muka tidak cantik itu jahat.
Dan kita tidak tahu siapa baik atau siapa jahat.
Barulah persahabatan atau sesuatu perhubungan kekal berpanjangan !!
" Jadilah diri anda yang sebenar, tidak perlu lah berlakon-lakon untuk menjadi baik



ROKOK SAY NO ~~ SMOKING

Assalamualaikum. apa khabar semua . harap semua nya sihat belaka :)

hurmm apa aku nak bincang untuk topik hari ni adalah berkenaan dengan rokok.. sorry lah kepada yang terasa dengan isu yang nak aku bangkit kan ni. ada member aku sorang ni terkejut jugak lah kan. tetiba je dia suruh aku bagi support kat dia untuk dia berhenti dARI merokok ni. yelah sape tak terkejut kan sedangkan abang and pakwe aku sendiri pun tak adalah sampai macam tu sekali huhu.. lagi pun aku jenis tak kisah lantak pi lah dia nak hisap okok ke tak nak itu hak dia yang penting jangan bagi aku penyakit sekali ahaha itu jelah yang aku pertikaikan. lagi pun aku tahu mesti susah nak berhenti kan SO sebab tu lah aku tak ada nak paksa-paksa suhh berhenti ni. hmm!! kalau penghisap rokok ni rasa dia sayang orang kat sekeliling dia or diri dia sendiri so pandai-pandai lah berhenti. lagi pun berhenti kene ada niat sendiri and jati diri yang kukuh nak berhenti ni and berhenti keranaa apa bukan nya kerana paksaan semata-mata. oke masuuk bab member aku ni. hmm !! aku ni tak pernah pun terpikir nak baca entry berkaitan berhenti rokok huhu yelah aku ni bukan nya penghisap rokok SO, nak buat apa susah-susah aku nak baca kan. tapi takpelah dah member aku ni dia bagi satu entry kat aku suruh aku baca berkenaan dengan berhenti merokok. SO aku pun baca lah , agak lawak jugak lah bagi aku bila baca kan. oke aku akan bagi korang apa yang ditulis dalam entry tu tak salah kan sebab sharing is caring hihi.





TIPS UNTUK BERHENTI DARI MEROKOK

1) Persediaan berhenti merokok
        
               >Niat & Lafaz
Berhenti merokok ni sebenarnya pokok pangkal nya bermula dari niat kita sendiri. sentiasa ada niat nak berhenti. Biar pun kita tak buat apa pun lagi, tetapi niat tetap ada. Rokok kat jari ni tetapi tetap niat nak berhenti. Rokok menjuih kat bibir ni ada niat nak berhenti. Memang selalu sebut nak berhenti . Setiap kali nak hisap rokok pikir nak berhenti. serius punya niat nak berhenti kene tanam dalam hati walaupun masih merokok. Pandang rokok itu dan pikirkan tentang berhenti merokok Keep On Niat & Lafaz.

               >Benci
Bila kita dah niat. Nawaitu dah kuat Tanamkan sifat benci pada rokok pulak.

Bagus dekat rokok sekarang ada gambar-gambar. ko jeling-jeling pada gambar itu. Jangan buat-buat tak nampak pulak. Rokok itu buruk!! Rokok itu jijik!! Lawak tapi berulang kali hati kita akan menerima sebagai kebenaran dan hakikat. Sebab itu ada orang tua kata, bila buat sesuatu perkara cukup 40 hari, ia akan jadi tabiat.. See??

ko surf internet tentang keburukan merokok. Dapatkan lah semua maklumat tentang keburukan merokok dan sentiasa memikirkan tentang maklumat tadi setiap kali ko nak merokok. Ini melatih jiwa kita untuk kearah berhenti merokok. 

Ada poster lung/peparu rosak ke, or ape-ape poster kerosakkan disebabkan rokok ko nampak kat tempat selalu ko pergi. Dekat meja offis, dekat pintu bilik, belakang pintu jamban pun terbaekkkk !!!

Selagi kita tak mengajar diri kita benci rokok, selagi itu kita tidak ada jiwa yang bersih, jitu dan azam tinggi untuk berhenti.

              >Sayang
Fikirkan apa yang akan merugikan diri sendiri bila merokok? Kesihatan yang semakin teruk, paru-paru rosak, duit poket, semua perkara yang kita sayang, hilang bila merokok.

Fikir kan tentang orang lain, orang terdekat yang paling kita sayangi, anak ke, isteri ke, awek ke, mak ke, ayah ke dan mereka-mereka yang terpenting dalam hidup ko. Somebody yang ko perlu survive untuk menjaga mereka.

              >Strategi Mengurangkan Rokok 
==Tukar rokok
Semporna/Surya(keretek) ke Dunhill/Marlboro (dan seangkatan lain) Uiks?? Biar betol? Iyer.. siapa pernah isap semporna dia tahu kenapa. Especially Semporna hijau, ko akan hisap lebih dari perokok lain sebab "tak puas". Rasa dan bau dia pulak yang soft tak seberat GudangGaram menyebabkan ko merokok lebih banyak sebab layan. Bertukarlah segera ke Dunhill Light ke atau rokok lain. Keretek mengandungi lagi macam-macam bahan yang tidak elok untuk kesihatan. Ko bukan tak tahu, saja buat-buat tak tahu. Malas aku nak cerita.

Akhiri dengan rokok gulung. Yerps rokok terakhir yang saya hisap adalah rokok gulung. Alah yang jenis pakai mesin tu, bukan rokok daun tu. Yang tembakau dia sebundle beli dekat 7eleven. kenapa rokok gulung? rokok gulung ini melambatkan proses nak hisap rokok. Dahle nak bawak tu leceh. Nak hisap pun bersepah-sepah tembakau sebab nak gulung hahahhaha. Ni pengalaman aku lah. Kalau ko betul nak berhenti boleh lah cuba. Tak cuba tak tahu. Betul tak? Dalam kereta pun ko susah nak hisap sebab nak kene gulung dulu. Tapi jangan lah ko tunjuk cerdik sangat, pergi gulung siap-siap, memang failed lah kalau ko fikir cam t. Sampai sudah lah tak leh nak berhenti.

              >Nicotine Replacement
Terdapat beberapa perkara menggunakan nicotine replacement. Aku pernah try dua cara.
Rokok Electronic /e-Cigar - kaedah guna rokok lektrik ni pun bagus, memang boleh replace terus sebenarnya. Cuma ada feel "merokok" tu lagi. Jadi mungkin bila kau nak tinggalkan ecigar ni pulak susah nanti. Aku dah cuba tapi tak berjaya. Sebab nya barang ini pakai bateri, kene charge filter yang dingunakan mengandungi niikotin itu susah nak dapat, penyebab utama spoil pada aku waktu guna ecigar ni bateri rosak, nak replace susah dah harganya agak mahal maka terbantutlah usaha ketika itu. Ketika itutahun 2009 camtu la.

Niquitine Tablet - YErrspps. Lately kalau korang perasan banyak keluar dekat tv pasal nuquitine ni. Memang product ini agak mahal, mungkin lebih mahal daripada ecigar. tetapi sekiranya mampu. Pejam mata saje. Memang product ni membuat ko tak rasa nak merokok. jadi peringkat awal aku makan niquitine ni untuk menghilang kan rasa nak merokok tu. Tapi kalau dah nak merokok jugak, belasah ajer. Cuma memang product ni berkesan. Aku memang mengsyorkan korang cuba Niquitine ni. Ada dua jenis tablet, 2mg dan 4mg. Jika kau heavy smokers, ko belasah 4mg. Satu papan ada 12 biji, harganya RM17. hahahha Aku sure korang terkejut. Mahal dari rokok. Tapi tu ler demi kesihatan, Demi kesihatan, aku beli juga. Mula-mula memang rabak lah beb, sebab rokok pun beli jugak . memang giler . Tapi lama-lama sekotak rokok tu boleh bertahan dua hari. Sebiji 4mg tu boleh tahan4 jam pada aku. Ko pun tahu benda tu mahal so pandai-pandai lah ko ejas. Especially lepas makan memang aku belasah, sebab lepas makanlah paling susah kau nak tinggal rokok kan. So bila kau dah start ejas cara kau merokok, ko leh start amik yang 2mg je, aku dapat dalam RM13, still mahal tapi murah lah sikit. Cuma memang beza 2mg dengan 4mg ni. Kalau ko first time amik 4mg ni, silap hari bulan muntah kau hhahahha. Sampai sekarang aku masih beli 2mg ni , tetapi sehari mungkin sebiji dua jer. Alhamdulillah semakin berkurang.

                 >Bersukan
Bila nak berhenti tu, ada masa pergilah bersukan. Sebab bila berhenti merokok, nafsu makan akan menggila. So, selain jaga badan kita boleh membantu memantap kan lagi paru-paru kita yang dah rosak teruk. Atleast pergi lah jogging dalam sejam or setengah jam. Peringkat awal ni buat lah intensif sikit, seminggu empat atau lima kali.

Simptom/Withdrawal Effect - Withdrawal Simptom ni temporary effect selepas kau berhenti merokok. Jangan kau rasa pelik lah tiba-tiba ia berlaku pada kau atau tak berlaku pun pada kau.

Stress - Antara perkara yang kita perlu handle adalah elakkan stress. Bila stress memang kau akan teringat kat rokok kau balik. ko teringat balik feel bersama rokok dan asap itu. Ni bukan perkara main-main. So pada peringkat awal kalau boleh elakkan berada dalam lingkungan stress. Bersedialah dengan teblet Niuitien tu. Elakkan peluang untuk merokok.

Sakit kepala - Aku tak ada lah sakit kepala mana. Tapi ramai juga orang lain sakit kepala. Mungkin sebab stress so bersedia lah untuk sakit kepala.

Pendek Nafas - Ni paling aku tak larat. tetapi inilah yang membuat kan aku terus tak nak merokok. Azab weh. Dalam keadaan normal ko memang rasa pendek nafas ni, macam nafas tak cukup. Ko tarik nafas rasa cam tak habis tarik, oksigen tak lekat. Mula rasa down semacam. rasa nak mati pun ada. Tetapi bila aku pergi main futsal ke, jogging dalam masa 5-10 minit kembali normal kau rasa lebih energetic. Nafas Tip Top. Cuma bila kau buat aktiviti biasa memang terasa lah something wrong pada sistem pernafasan kau. aku sampai bawak diri ke hospital check paru-paru, check tekanan darah, check jantung, Alhamdulillah semua sihat. Admit jelah , sapa suruh kau merokok, dah dapat penyakit baru tahu bersyukur Nikmat Kesihatan. huhuhuhu. So kepada kau aku sihat, terus lah berusaha berhenti.Lagi awal Lagi Bagus, aku harap kau tak lalui sekarang. Memang agak suffer nafas pendek ni.


oke.. ni aku pulak yang tulis setakat ni jelah entry nya yea.. Aku harap dengan entry ni dapat memberi sesuatu yang bermanfaat dekat korang semua untuk terus mencuba berhenti merokok. Kalau bukan sekarang bila lagi? Masa sihat lah nak berbuat baik sebelum masa sakit. INSYALLAH selamat berjaya.

lastly aku nak tujukan untuk member aku ni. aku harap dye berjaya lah berhenti rokok n aku harap jugak aku boleh memberi dorongan kat dia supaya dye boleh berjaya berhenti merokok. sama-sama lah kita berdoa oke. kepada yang penghisap rokok tu harap dapat amik ikhtibar. dan tak lupa jugak kat pakwe aku ni. walaupun dia tak pernah hisap rokok depan aku dan aku tak pernah nak nampak dia hisap rokok harap dia pun dapat berhenti jugak. GOOD LUCK FRIENDS AND YOU ALLS.

saya akhiri dengan pohon seribu kemaafan andai ada yang terasa :)


PERKONGSIAN


sekadar prkongsian dgn sain2
KATA-KATA YANG DI PETIK DARIPADA PENSYARAHKU,,PUAN AINUN..

Tak dinafikan mmg org kelantan berwajah manis. Berkat doa Tok Guru tu sbnrnya.. Dalam sirah nabawiyyah, Nabi SAW sendiri pernah berdoa kpd Allah SWT supaya melimpahkan rahmat dan berkah ke atas penduduk madinah krn penduduk Madinah satu2 masyarakat yg menerima Nabi SAW dgn paluan gendang dan nyanyian tolaal badru alaina. Betapa sayangnya penduduk Madinah kpd baginda sehinggakan sebelum baginda wafat baginda menyatakan hasrat supaya dimakamkan di Madinah (iaitu dalam masjid Nabawi) Sewaktu saya pergi menunaikan umrah, saya perhatikan wajah2 penduduk Madinah..subhanallah cantiknya..tak terkata. Jadi bertuah lah anda yg negerinya dipimpin oleh ulama. Doa ulamak itu sgt makbul, terutamanya ulama yg dianiaya, dihina dan diinjak2 oleh pemerintah zalim.

Melangkah Baru

sejak dua menjak ni hati aku rasa membuak-buak pulak untuk buat marketing teringin mencuba pulak aku cuba bagaimana hebat nya kalau dapat customer.
dapat seorang pun and berjaya buat sampai customer tak lari tu dah cukup bersyukur pada aku.
apa-apa pun aku kene cuba lah buat.
macam-macam jugak aku pikir macam mana lah nak pikat hati pelanggan supaya dia percaya dengan kita
dia nak buat tempahan .
tapi bukan senang kan nak bagi orang percaya dengan bisness yang kita buat ni.
lagi-lagi bisness yang baru nak naik macam aku ni.
yang masih mentah dalam dunia marketing.
nak nak pulak tak pandai nak memulakan percakapan macam mana memang boleh mendatangkan customer lari lah cerita dia kan. ahahha.



okay. ni lah promosi yang aku buat. harap dapat lah customer.
sorang pun aku dah bersyukur untuk permulaan kalinya..
doa kan aku yea semua. hurmm biasalah kan nak buat apa-apa mesti kene mula dari bawah right . !!
:) oke assalamualaikum

== MErenung Diam ==

ASSALAMUALAIKUM WBT..

marilah hayati apa yang mahu saya kongsikan kepada semua orang diluar sana.
bacalah tak ada rugi nya jika kamu baca.
cuba lah merenung seketika. berfikir lah selepas membaca..

Perkara yang masih lagi terasa bara apinya dalam diri aku. baru beberapa hari terjadi dan siapa tahu akan terjadi lagi. PERSAHABATAN .. Serumit untuk aku menyebutnya . begitulah apa yang tersirat disebalik perkataan ini .
Aku lemah . Aku khilaf. Aku hina. Aku naif dan Aku salah. Marah yang menghasut diri melupakan siapa aku di muka BUMI ini. cuma sedang berkongsi nikmat. hanya untuk sementara.

maaf kan aku YA ALLAH

kerana sudah melakukan kesilapan tanpa diduga.



Dalam persahabatan, jangan dahulukan marah kerana marah itu sentiasa mendatang kan keburukan.
dahulukan sabar kerana sabar menentukan kebaikan.

Dalam persahabatan, jangan dahulukan kepentingan diri sendiri kerana itu akan melambangkan ketamakan.
dahulukan kepentingan bersama kerana kerana itulah erti persahabatan


" ada baiknya bila kita bersabar menahan amarah diri demi sebuah persahabatan.
semua orang ada melakukan silapnya. Lebih baik memaafkan dan melupakan kerana persahabatan itu bukan untuik di akhiri tapi untuk di kasihi hari demi hari "


:: belajar lah untuk menghargai persahabatan kerana kita tak mampu hidup tanpa seorang SAHABAT.

:: dengan erti kata lain kawan dengan sahabat jauh berbeza makna nya.
kawan adalah kawan untuk di dunia sahaja..
manakala sahabat untuk dunia dan akhirat.

jadilah sahabat dunia akhirat jangan jadikan kawan hanya pinjaman di dunia sahaja atau waktu kita untuk guna-guna kan ia.

#salam sayang . salam kemaafan ku pinta andai terkasar bahasa , tersalah bicara terguris hati.
sebagai ikhtibar kepada semua :)


Nukilan JIWA~~


apa orang buat kat aku . aku sabar je.
apa orang nak kata kat. aku sabar je.
apa orang nak pertikaikan tentang aku. aku sabar je.
hurmm sampai bila aku nak sabar. sampai aku boleh tahan.
nak sabar memang susah tapi aku tetap tak putus asa.
aku akan cuba cuba dan cuba walaupun kadang-kadang memang perit untuk aku rasa.
aku tahu ALLAH tengah uji aku. selagi aku hidup selagi itu dye akan uji aku.
aku diam tak bermakna aku marah aku diam untuk dapat kan kesabaran itu.
bukan senang untuk menguasai sabar dalam diri ini.
orang sekeliling kita tak pernah nak paham kita kan.
apa yang mereka tahu hanya untuk dirinya sahaja.
aku diam juga kerana aku malas nak berlaku nya pergaduhan.
wahai semua ingat lah & pikir lah dahulu sebelum melakukan apa-apa
kadang-kadang kita pikir yang kita ni dah betul betul & betul sangat-sangat lah.
tapi hakikat nya dalam betul tue kau dah menyakitkan hati kawan kau.
kenapa ekhhh kita nak orang semua buat apa yang kita suruh tapi pernah kah kita pikir
perasaan orang lain jugak..
# ayat aku ini bukan peringatan untuk semua tapi untuk diri aku jugak.
aku cuba untuk elakan pergaduhan.
aku cuba untuk didik diri aku ni bersabar.
kita patut nya matang lah sikit aku tahu matang bukan dari segi umur kalau umur 12 tahun pun kalau pandai pikir matang so hebat lah dye... tapi tak kan sekecil ni pun nak orang sekeliling ajar macam mana
caranya nak matang.

WEDDING Semata-MAta

First dapat call wahh wahh sukanya sukanya. memang terasa suka sangat lah kan..
lepas tu terus pikir hurmm apa aku nak buat ni.
sampai tak boleh nak tidur lena lah asyik duk mikir jea. apa patut aku buat ni..
hurmmm korang mesti tertanya-tanya kan apa lah yang call aku ni. apa lah yang jadi.
kalau tertanya-tanya lah. kalau tak it's okay haha tak kan nak paksa pulak.
macam ni citew dia malam 19 APRIL 2013 aku dapat satu panggilan ada lah seorang wanita ni tetiba lah kan nak tempah buat kad kahwin dengan aku. perhhhhhh hati ni suka giler hahah maklumlah first customer kott hihhihi selama ni mana pernah. and aku pun tak berharap sangat nak dapat customer ni sebab aku tahu aku masih tak layak nak jadi designer.
oka next hehe customer aku ni tanya lah macam-macam kan nak itu nak ini.
aku hanya mampu jawap sedang-sedang je sebab nya yang lain aku tak tahu nak jawap apa. yelah aku ni dah lah susah nak bercakap kalau tanya macan-macam lagi lah aku tak tahu nak jawap apa.
last sekali aku cakap kat dye nanti lah aku bagi tahu semua nya.
21 APRIL 2013 aku hantar lah we chat kat boss aku tnya lah keterangan yang customer aku nak tahu tu.
lepas tanya semua oke settle then, aku pun msg customer tu and terus buat design . hurmm design yang pertama di reject sebab aku just buat sekeping kad je. sebab esuk nya aku call dye , dye cakap nak lipat dua malu lah nak bagi kat orang kalau sekeping jea.
aku pun oowhhh oke lah tak pelah akak nanti malam ni saya buat satu lagi design kat akak lipat dua.
akak tu pun oke kan jelah..
malam tu jenuh aku pikir haiishh cam mana lah aku nak buat kad kahwin lipat dua ni. dah lah tak ada rujukan mana aku nak tahu ni. memang naik jemu dah aku ase pikir benda tu.. last sekali dapat lah idea dri tenet tu pun guna sim member aku jap nak bukak tenet. bila dah dapat semua barulah dapat ilham.
So, apa tunggu lagi aku pun siap kan lah sebab esuk nya nak hantar.
keesukan nya pergi pejabat bukak email dan terus send . lepas send msg akak tu yang design kad kahwin aku dah send.

..............................................
..............................................
tapi citew nya amat menyedih kan akak tu tak msg aku langsung. satu feddback pun dye tak bagi kat aku.
aku tak kisah lah kalau dye tak nak kad kadwin aku sekalipun atleast bagi lah msg. huhhhhh.. !!!!
hehehhe aku pulak nak angin kan. tapi bila pikir balik takpelah aku tak rugi apa pun kalau dia tak nak.
sebab apa yang aku buat tu dapat menambah kan lagi ilmu pengetahuan aku dalam photoshop ni.
kalau tak buat tak tahu lah aku semua semua tu kan. sampai hari ni aku redha dah anggap lah benda tu just pengalaman aku jea.
kalau akak tu tak nak nak buat cam mana, tak kan nak paksa pulak haha itu memang KEJAM kihkihkih
okelah sampai sini saje.. tak ada apa dah kot nak citew.

.........................................
********************
nak tenguk cam mana kad kahwin aku buat,, tapi kad yang aku buat memang tak lawa pun sebab budak baru nak belajar.. lain lah kalau aku nak dah profesional gituuuuuu !!! itu memang tak dapat nak di elakkan lah. bawah ni lah kad kahwin yang aku ubah sikit-sikit hurmmmm nama, alamat, tarikh semua tak betul tu aku just buat jea sebab nak lihat cara nya jea. oke lah. kalau ada apa-apa sila comment lah oke. tak mampu nak kata apa-apa. :)